Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Januari 2009

Jangan!

> Pembangkang jangan guna isu harga barang
Isu kenaikan harga barang tidak seharusnya digunakan untuk meraih undi pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini kerana ia bukan sesuatu yang boleh dikawal sepenuhnya oleh kerajaan kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

> Pembangkang jangan guna isu cukai pintu
Pembangkang tidak boleh tidak sepatutnya menggunakan isu cukai pintu dalam kempen PRK Kuala Terengganu sekarang, kata Menteri Besar Terengganu. Ini kerana bukan saja Terengganu yang mengenakan cukai pintu terhadap rakyat bahkan negeri-negeri Pakatah Rakyat sendiri.

> Jangan mainkan isu Hudud
MCA hari ini mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini. Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata Pas enggan menyatakan sama ada hukum itu meliputi semua kaum.

> Pas jangan guna agama untuk berpolitik
Pengundi di Parlimen Kuala Terengganu diingat agar tidak mudah terpengaruh dengan taktik Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini dapat diperhatikan melalui pelbagai kenyataan, fatwa dan perutusan berunsur keagamaan yang dijadikan modal pimpinan parti itu untuk menarik sokongan kepada mereka setiap kali adanya pilihan raya.

> Jangan menuduh Calon BN proksi sesiapa
Datuk Seri Najib Razak berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Wan Farid bukanlah proksi mana-mana pihak kerana dipilih secara bersama olehnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

> Jangan persoal pengundi hantu semasa kempen
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata parti pembangkang jangan menjadikan isu pengundi hantu sebagai bahan kempen pada setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini. Katanya, parti pembangkang sepatutnya mengemukakan bantahan dari awal jika tidak berpuas hati dengan senarai daftar pengundi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

> DAP jangan berkempen untuk PAS kerana parti itu juga menolak hudud
MCA mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihan raya kecil kali ini.

> Jangan samakan pRK Kuala Terenganu dengan perang Israel-Palestine
Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menyelar pemimpin Pas serta Pakatan Rakyat yang menyamakan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang sebagai peperangan antara Israel dan Hamas di Palestin. "Siapa Israel dan siapa Hamas?," katanya sambil menyelar retorik politik Pas yang menyamakan BN sebagai Israel dan Pas sebagai Hamas.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

Kalau mereka mengatakan jangan guna isu-isu yang tersebut di atas, maka itulah isu yang sebenar.

macam cerita pak andir mak andir lah pulak