Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

JOM Jihad mini, tak kan itupun tak berani?

Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!
Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok. Dalam kenyataannya, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.
Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok. "Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.
Umat Islam disarankan membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera.

Tiada ulasan: