Kawan-kawan setia

Jumaat, 23 Januari 2009

Kerana seksi sahajakah?




Rihanna janji tidak seksi, begitulah reaksi mesra penyanyi Barbados ini yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty bakal menemui peminatnya dalam konsert Xpax Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur pada 13 Februari ini.
Dianggarkan penyanyi Amerika ini bakal beraksi di hadapan 12,000 penonton, berdasarkan sehingga kini satu perempat (3,000 keping) daripada jumlah keseluruhan tiket telah terjual. Begitulah dahaganya rakyat Malaysia kepada hiburan dan tanpa memperdulikan bantahan majoriti rakyat yang bersimpati dengan nasib warga Gaza konsert diteruskan dengan megahnya. Rihana berasal dari Saint Michael, Barbados, sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemenang Grammy Award manakala albumnya pernah mencatat jumlah jualan sehingga 10 juta unit di seluruh dunia. Biarpun penyanyi itu dilahirkan di Barbados, namun dia dilabelkan di bawah syarikat rakaman Amerika, Def Jam Records. Bercerita tentang isu boikot produk keluaran Amerika yang menyokong tindakan ganas rejim Zionis Israel menyerang dan membunuh kejam penduduk Palestin di Genting Gaza, penajanya memberi alasan bahawa konsert ini perlu dilihat dari sudut positif berkaitan hiburan. Antara lain katanya lagi, "Konsert ini merupakan sepenuhnya melibatkan muzik dan hiburan. Jadi, kita boleh cuba tangani isu ini secara berasingan dan tidak dicampuradukkan dengan isu politik" . Dengan harga tiket yang supermahal iaitu berharga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328 bayangkan berapa banyak wang dari Malaysia akan mengalir ke Amerika, bercanggah dengan apa yang diwar-warkan, begitu sensitif dengan keangkuhan Amerika menyokong keganasan Yahudi yang membunuh setiap keturunan Palestine dari kanak-kanak, wanita dan semuanya yang berjumlah memelihi 1000 orang. Jadi pada saya masuk angin keluar asap, simpati kepada Gaza dengan segala derma berjuta-juta, protes Amerika saban minggu, bagi penganjur itu hanya gimik politik semata-mata, tak boleh dicampur-aduk dengan hiburan. Kesian rakyat Malaysia...kesian lagi kepada rakyat Gaza.

Tiada ulasan: