Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

Lagi kemenangan moral kepada calon PAS

Umno perlu beri penjelasan pertahan calon BN
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin dan anggota Umno kini memikul tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada pengundi mengenai mengapa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Perdana Menteri berkata ini kerana beliau melihat Wan Ahmad Farid kini sedang berdepan dengan pelbagai kenyataan negatif. “Yang peliknya yang lebih-lebih mengata adalah orang kita, bukan daripada orang pembangkang, (sedangkan) kita perlu pertahankan calon kita,” katanya berucap di hadapan kira-kira 300 pemimpin wanita negeri Terengganu dalam satu perjumpaan dengannya di sini malam ini.

Tiada ulasan: