Kawan-kawan setia

Sabtu, 3 Januari 2009

Lagi pesta seks sempena tahun baru Masehi 2009

Kalau di KL 26 pasangan dicekup kerana disyakki berpesta seks dan dadah, di Kuantan pula lima pelajar sebuah sekolah di sini, sanggup berkongsi wang menyewa bilik sebuah hotel murah semata-mata untuk berseronok kenduri seks bersama seorang gadis sempena meraikan sambutan malam tahun baru Masehi 2009. Saya tidak ingin mengulas keseronokan perlakuan kerja hina zina lima sekawan ini yang berakhir dengan kantoi dicekup oleh Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), tetapi kesal dan sedih dengan trend maksiat ini berterusan berlaku saban tahun tanpa ada rasa insaf dan gerun terhadap balasan akhirat. Bukan itu sahaja dalam satu serbuan yang lain, seorang pelajar tingkatan tiga yang datang meraikan hari jadinya ke-15 bersama teman lelakinya turut kantoi dicekup selepas pasangan ini menjadikan bilik hotel murah sebagai tempat melepaskan nafsu serakah mereka. Penolong Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, merka yang terbabit adalah antara 56 individu yang dicekup JAIP kerana kesalahan berkhalwat hasil serbuan Ops Tahun Baru Masihi 2009, Operasi Cegah Jenayah Syariah di sekitar bandar ini. Kebanyakan pasangan yang ditahan dalam operasi itu adalah remaja bahkan masih pelajar. Mereka yang ditahan tentunya akan didakwa mengikut Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: