Kawan-kawan setia

Sabtu, 3 Januari 2009

Laju boleh membunuh







Korban nahas Gua Musang meningkat 10 orang
Saya hanya mengulang tulisan saya sebelum ini tentang kedegilan pemandu Malaysia yang memandu ikut perasaan bukan ikut undang-undang. Saya sangat bersetuju dengan selogan yang di pamerkan oleh kerajaan dimerata-rata tempat "LAJU BOLEH MEMBUNUH". Rasa sedih, terkilan, marah dan berbagai rasa bila membaca laporan media bahawa sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan SUV, dekat Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai melalui Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Rantau Manis yang berlaku lebihkurang jam 10.30 pagi semalam. Dalam kejadian ngeri itu lapan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian, manakala satu dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, manakala seorang lagi mati ketika dalam rawatan kecemasan di hospital sama. Mangsa yang mati di lokasi, kebanyakannya tersepit dalam kenderaan yang remuk yang tentunya telah dilandu dengan laju. Nampaknya slogan hanya tinggal slogan, kemalangan terus berlaku tiap hari yang puncanya kerana tidak mematuhi arahan yang ditetapkan. Baru beberapa lalu hari saya menysuri jalan tersebut ketika kembali ke sini dari kampong, pada saya memang pemandu kita sangat degil. Dengan keadaan cuaca sekarang yang hujan dan tentunya permukaan jalan yang licin dan suasana penglihatan yang terhad pemandu-pemandu ini tetap memandu dengan laju, memotong tanpa mengira jalan selekoh atau garisan berkembar yang bagi saya cukup menggerikan. Namun Alhamdulilah saya sampai di sini dengan selamat dan tidak bertemu sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan saya pada hari itu. Namu kejadian kemalangan ngeri semalam membuatkan saya fobia untuk balik kek kampong dengan lebih kerap.

Tiada ulasan: