Kawan-kawan setia

Ahad, 25 Januari 2009

Lebuh raya Kuala Pilah

Terkenang semasa pulang ke kampong isteri di Kampong Dangi Kuala Pilah, ketika itu saya melalui jalan Bukit Putus. Jalan tersebut baru dimulakan pembinaan lebuhraya Kuala Pilah-Seremban. Bila sampai di Paroi sebelum mendaki Bukit Putus saya di penatkan oleh kesesakan luarbiasa. Kadang-kadang fikir buat "U turn" sahaja dan pilih jalan Rembau. Kadang-kadang fikir ah.. tak payahlah, kejap je tu, mungkin lori di depan susah nak potong. jadi ikut je lah bersama pemandu lain mengharungi keadaan sesak menyusuri Bukit Putus. Bila sampai pertengahan Bukit, baru saya tahu kenapa sesak...bukan sebab ada lori yang kurang power tak boleh naik bukit, .... kerana...kera-kera dan monyet-monyet Bukit Putus buat demo. Mungkin demonstrasi kawasan kediaman di robohkan oleh pemaju lebuhraya. Yang lawaknya tu ada yang baring atas jalan, ada yang cari kutu tepi jalan, ada yang buat jimnastik atas dawai telefon dan sebagainya. Saya tak sempat mengira jumlahnya tetapi sangat banyak, kalau tak sampai ribu pun ratus-ratus ekor. Saya tak pasti Jabatan Perhilitan ambil tindakan atau tidak kerana semasa pulang ke Dangi dua minggu lepas, awal 2009 masih ada lagi monyet-meonyet tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit. Saya gelihati mengingati peristiwa itu, dalam hati saya usahkan manusia, monyet pun pandai berdemnstrasi bila hak asasi mereka di nafikan..

Tiada ulasan: