Kawan-kawan setia

Rabu, 14 Januari 2009

Lu sapa?, gua tak kenal pun..

Melihat tajuk besar Malaysiakini, tergamam juga saya, oi ada juga bekas PAS dan PKR yang berani tunjuk muka kat PP36 ni. Lebih memalukan hujah-hujah mereka hentam PAS dan peribadi calon PAS ini sudah obselete (dah tak boleh pakai), tetapi dikitar semula depan DS Najib yang turut hadir disitu. Rasanya DS Najib pun malu dengan gelagat anak buahnya yang mengaku bekas ahli PKR dan penyokong PAS, tak ada kualiti. Apa bende masih cerita pasal kafir-mengkafir lagi, juara mengkafirkan orang pun duduk sengap dalam UMNO sekarang.
Bekas PAS, PKR hentam Wahid
BN menggunakan bekas ahli PAS dan PKR dalam usaha terbaru menyerang PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Kira-kira 10 bekas ahli parti itu mengambil bahagian menceritakan keburukan PAS dalam satu program yang dinamakan "Masihkah Kau Ingat" di perkarangan pasar Chabang Tiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, malam tadi. Difahamkan program tersebut digerakkan atas daya usaha bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas ketua penerangan PKR negeri Abu Bakar Abdul Ghani berkata, perjuangan PAS telah menyimpang jauh daripada asal. Menurutnya, ia termasuk isu pembahagian kerusi pilihanraya dengan PKR di Terengganu."Tempat sedap baham (ambil) kepada dia (PAS) belaka... kawasan berat wi (beri) kepada PKR,” katanya, yang asalnya merupakan penyokong kuat PAS. Abu Bakar berkata, sejak usia tujuh tahun beliau solat Jumaat di Masjid Rusila kerana orang PAS mendakwa tidak boleh bersolat di kampung sendiri kerana tidak sah. Beliau juga mendakwa, jika orang sudah tahu kisah calon PAS, orang tidak akan mengundinya."Abdul Wahid tidak adil kepada PKR kerana tidak membenarkan calon parti itu bertanding dalam pilihanraya umum lalu di DUN Bandar," katanya. Pak Rashid, bekas penyokong PAS pula mendakwa beliau sanggup mengkafirkan ibu bapa dan mertuanya kerana taksub kepada perjuangan PAS."Saya telah ditipu oleh PAS," katanya. (Malasiakini.com)

Tiada ulasan: