Kawan-kawan setia

Ahad, 11 Januari 2009

Macam mana ni jiran pun tak kenal...

Tidak kenal calon BN:
Beberapa pengundi termasuk yang tinggal berdekatan rumah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Jalan Ibrahim mendakwa tidak mengenali calon BN itu walaupun pernah terserempak dengannya. Pengundi lebih mengenali ketokohan arwah bapanya sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri."Saya tidak kenal beliau, tapi saya kenal ayahnya", kata seorang penduduk di Mengadang Akar dalam satu tinjauan ringkas. Rakannya dari kampung sama berkata, beliau tidak mengenali Wan Ahmad Farid walaupun bekas timbalan menteri itu pernah melawat kampungnya. Cheku Ali Teh dari Kampung Gelugor Raja dalam DUN Wakaf Mempelam berkata, beliau tidak begitu mengenali Wan Ahmad Farid."Tetapi saya pernah beberapa kali pergi ke rumahnya, selalunya kalau ada jamuan hari raya". Sikap Wan Farid yang didakwa elitis dan kurang mesra menjadi perbualan di kalangan pengundi Kuala Terengganu termasuk di kalangan penyokong Umno sendiri. Sikap ini dibimbangi akan mengurangkan peluangnya untuk menyabut cabaran calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.Persaingan dua calon parti besar yang turut diwarnai calon bebas Azharudin Mamat @ Azam akan diketahui keputusannya pada 17 Januari ini.

Tiada ulasan: