Kawan-kawan setia

Isnin, 12 Januari 2009

Macam ni ghope nye

Rasa tak sabar pula nak tengok apa nama, Proton MPV yang belum mempunyai nama. Proton memang suka buat saspen, selak sikit-sikit kemudia teka nama. Tapi bila produk tak se-gah dengan gimik yang hebat, sebagaimana yang diharapkan, imej Proton jatuh berkecai macam tahi kambing. Berlainan dengan Perodua tidak suka gimik tapi jualan produk meletop-letop. Tanyalah siapa saja, tak sah kalau keluar ke jalan raya tak jumpa Myvi. Kehadiran MyVi atas jalan sudah mengalahkan proton Iswara. Sekarang giliran Proton melahirkan produk berkualiti dengan kehadiran Proton MPV. Proton di bawah Datuk Nazmi yang baru dilantik semula diyakini dapat mengembalikan kegemilangan produk Proton sebagaimana era Proton Saga dan Proton Wira dahulu bermula dengan Proton MPV ini nanti. Selain kualiti, yang ditunggu-tunggu oleh bakal pembeli ialah harga yang kompetitif sesuai dengan kedudukannya sebagai produk tempatan.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

tengok dari depan macam menarik

pasbangi berkata...

Kena booking satu..