Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Januari 2009

Maruah boleh dijual-beli...

Adakah warga SAN DIEGO tak merasa malu dengan adanya seorang gadis muda warganya yang berumur 22 tahun, melelong maruah di Internet sehingga bidaannya mencecah setinggi AS$3.8 juta. Adakah pembida-pembida ini tidak merasa malu bila sidara mendedahkan tawaran mereka dikhalayak ramai. Mungkin juga masyarakat San Diego sudah hilang maruah. Yang ada hanya nafsu serakah yang sama taraf dengan binatang pemeliharaan dalam kandang mereka. Dengan nama samaran Natalie Dylan, mangkuk hayun ini membuka rahsia pembida tertinggi iaitu seorang lelaki yang telah menawarkannya AS$3.8 juta dengan menetapkan syarat agar aksi haiwaniah mereka dirakamkan (untuk tontonan masyarakat dunia yang sakit jiwa seperti meraka?). Bukan itu sahaja Natalie merancang, pengalamannya menjual maruah itu juga akan menjadi bahan dalam buku yang sedang ditulisnya. Sebelum ini, Natalie menyatakan lelongan daranya itu dilakukan bagi memperoleh wang untuk membiayai pengajian di peringkat sarjana. Dia senbenarnya telah mendapat ilham untuk menjual dara selepas mendapati kakaknya yang berumur 23 tahun memperoleh pendapatan tinggi bagi membiayai pengajian di universiti dengan menjadi pelacur.

Tiada ulasan: