Kawan-kawan setia

Selasa, 27 Januari 2009

Masjid Cina, apa yang sukarnya direalisasikan?

Kaum Cina Muslim pernah memohon kerajaan Melaka untuk membina masjid Cina, tetapi tidak dihiraukan dengan alasan akan menerbitkan bibit bperpecahan kaum. MACMA pula telah membentangkan idea penubuhan masjid berseni bina Cina sejak Macma ditubuhkan pada 1994. Namun, hasrat ini mula disuarakan pada 1996 dan menjadi semakin berkumandang pada 2000 hingga sekarang. MACMA berterusan menemui menteri-menteri yang menjaga hal-ehwal Islam untuk merealisasikan hasrat tersebut sejak sekian lama. Usaha berterusan itu akhir-akhir ini kelihatan mendapat respons positif serta sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Datuk Zahid Hamidi. Menurut Redhuan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu agar usaha ini disegerakan. Perbincangan tentang tapak pembinaan di Kuala Lumpur sedang diadakan dan cadangan supaya dibina ditempat yang strategik berhampiran kawasan majoriti orang Cina, dan paling sesuai, di tapak bekas Penjara Pudu. Pada pandangan masyarakat Cina, kawasan bekas tapak penjara tersebut, tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat komersial kerana keadaan yang sentiasa penuh sesak. Sekiranya kawasan tersebut dijadikan sebuah masjid berseni bina Cina, ia mampu menjana ekonomi negara dari sudut pelancongan dan pusat dakwah. Beliau juga menepis anggapan segelintir pihak yang mengatakan pembinaan masjid Cina akan memecahbelahkan masyarakat, merosakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Jelas Mohd. Ridhuan, pandangan golongan ini menunjukkan kedangkalan pemikiran dan kegagalan mereka untuk melihat Islam sebagai agama yang bersifat sejagat atau universal.

3 ulasan:

al-brangi berkata...

Rantau Panjang Kelantan mendahului mereka.

Pernah Zulkifli Nordin mencadang, tapi dia tak tau Kelantan sudah lama bertindak

razmij berkata...

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Hamirdin b Ithnin berkata...

SAYA SANGAT SOKONG KALAU DIBINA MASJID CINA.

MASJID INDIA ADA. MASJID PAKISTAN ADA.

CUMA UMNO NI PERKAUMAN SANGAT. MENINDAS CARA MELAMPAU!