Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

MB Terengganu merayu jangan buat isu hal cukai pintu

Pembangkang Terengganu tidak harus mempolitikkan isu cukai pintu yang dikenakan kerajaan negeri kerana itu adalah tanggungjawab rak-yat terhadap semua perkhidmatan disediakan kerajaan kepada mereka kata MB Terengganu Datuk Ahmad Said. Perkhidmatan seperti mencuci sistem saliran, mengangkut sampah sarap dan membersihkan longkang di sekitar negeri ini bukannya secara percuma dan bayaran cukai pintu untuk menampung kos tersebut. Menurutnya, kerajaan merasakan tanggungjawab itu tidak terlalu membebankan rakyat kerana nilainya tidak pernah dikaji semula sejak tahun 1981 dan jumlah bayaran berbeza dengan negeri lain yang telah pun meningkat. :“Tempat lain lagi mahal,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut yang dijadikan bahan kempen pembangkang semasa ceramah politik sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, semalam.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

mu diamanahkan mengurus je negeri tu. bukan pitih mu nguruh negeri.

mu jangan banding ngan negeri lain, kononnya negeri lain lagi mahal.

jangan jadi pak pandir yang mati anak, nak gi kebumi, anak tercicir, bila tgk mayat anak dia yg tercicir jatuh, pak pandir pun ngeloh, anak orang lain mati jugok.

masa PAS merintah dulu, cukai pintu dihapuskan

pasbangi berkata...

Wang royalti berbilion