Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Januari 2009

Moral rakyat yang perlu ditangani segera


Penyampai berita, pelakon ditahan positif dadah
Media petang ini memaparkan seorang penyampai berita TV dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di KL pagi tadi. Menurut laporan media operasi pukul 3.30 pagi itu telah diketuai oleh ASP Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL )itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah. Serbuan yang dibuat disebuah bilik di tingkat 11 hotel berkenaan turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.Pembaca berita wanita yang ditahan itu gagal dalam saringan pertama ujian air kencing yang mana didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu. Turut ditahan seorang pelajar dari sebuah kolej swasta di Kelana Jaya berusia 20 tahun yang dipercayai ejen pembekal dadah. Mengulas lanjut operasi tersebut ASP Mahani berkata ketika serbuan terdapat tiga pasangan berada di atas katil manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar. Difahamkan pesta seks dan dadah itu dianjurkan oleh dua lelaki dan kesemua mereka berkenalan di dalam kelab dan melalui rangkaian laman web friendster. Selain pesta seks dan dadah malam tadi juga menyaksikan pihak polis menahan beberapa individu atas berbagai kesalahan seperti pergaduhan akibat mabuk, ragut , dan sebagainya. Nyatalah apa yang ditakuti oleh Pemuda PAS pada setiap malam menyambut tahun baru Masehi, dimana akan berlakunya maksiat memang berlaku dan operasi dakwah yang dilakukan belum mencukupi menyedarkan sebilangan masyarakat yang masih obses dengan kedatangan tahun baru masehi setiap tahun. Sikap pihak berwajib yang turut bersekongkol dalam menyambut tahun baru masehi membarahkan lagi keadaan. Sampai bila???

Tiada ulasan: