Kawan-kawan setia

Khamis, 29 Januari 2009

myKMU.NET mempermainkan hukum agama

Surah An-Nur ayat 4: mafhumNya, "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik". Tindakan myKMU.net memfitnah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini adalah berat dari segi hukum, namun disebabkan kejahilan dan meringan-ringankan hukum agama ia berlaku dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah dan berdosa. Dr Halimah terpaksa menepis dakwaan fitnah terhadap beliau yang mengatakan beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang. Fitnah terhadap beliau itu turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu. Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web MyKmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'. Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari yang melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman. Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.
Sebelum pergi ke forum Perdana pula beliau telah menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.
Beliau juga akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta. Baru padan muka, itu baru didunia, diakhirat lebuh lagi...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar, teruskan Dr. Orang yang dalam hatinya ada penyakit akan sentiasa mengitai peluang untuk 'mengenakan' orang2 yang beriman.

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak umno - mykmu.net penakut hagit. Tak berani komen tanpa nama. Orang umno selalu tuduh orang mulut celupar, dia lagi dasat, agaknya dulu mak dia belah mulut dengan kepala "...."

(SEDANG MENIMBANG2 UTK KELUAR BARISAN MASUK BULATAN)

pasbangi berkata...

Hidup kita singkat bang, carilah pahala banyak-banyak, jangan cari dosa. Buat kerja kebajikan kepada semua, jangan pilih bulu, mereka adalah saksi kita di SANUN