Kawan-kawan setia

Rabu, 14 Januari 2009

Negeri kaya hati miskin, negeri miskin hati kaya

Saya teliti Senyum Kambing Utusan Malaysia menyebut Kerajaan kaya Melaka menyumbang RM100,000 kepada Palestine dan berkata dalam hati, pemurah juga kerajaan Melaka. Tapi bila tengok satu pihak lain, dikenali sebagai negeri miskin, MB yang sederhana, tinggal di rumah kayu akan mennyumbang 1 Juta minima, lagi saya tersentak. Namun itulah hakikatnya, walaupun negeri miskin, hati budi kaya. Tindakan ini mengambil kira kesengsaraan yang menimpa umat Islam di Palestin, jadi sesuai lah kerajaan Kelantan memberi komitmen menyumbang sehingga RM1 juta bagi membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri. "Kerajaan negeri akan memberi sumbangan minimum sebanyak RM1 juta pada malam program Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin 23 Januari ini. "

4 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

Tabik la. kau punya tajuk memang cantik!

al-brangi berkata...

ada gak negeri miskin, hati miskin

bungaraya berkata...

Negeri kaya hati kaya ada. Nak tahu. Trengganu. Satu ketika Trengganu adalah negeri miskin dan hatipun miskin. Semasa dibawah kepimpinan PAS lahabau.

pasbangi berkata...

hati mau baik be..tanpa mengira keturunan atau pegangan politik.