Kawan-kawan setia

Selasa, 20 Januari 2009

Orang tua kutuk, rogol cucu saudara

MasyaAllah, wal-iazubillah, saya mengucap panjang bila terbaca kes seorang warga emas berusia 84 tahun menjadikan cucu saudaranya sendiri sebagai pemuas nafsu dengan merogol kanak-kanak perempuan itu yang baru berusia 10 tahun itu tanpa belas kasihan sejak setahun lalu. Bagaimanapun, perbuatan orang tua durjana itu terbongkar bila seorang jirannya ternampak dia berbaring di atas mangsa di rumahnya dalam keadaan mencurigakan. Mangsa yang juga murid tahun empat sebuah sekolah rendah, di sini, dikatakan tinggal berjiran dengan suspek di kampung berkenaan dan dimaklumkan mempunyai hubungan kekeluargaan. Suspek dikatakan sudah beberapa kali merogol mangsa sejak setahun lalu ketika ibubapa mangsa tiada di rumah. Mangsa yang dibawa ibunya ke Hospital disahkan terdapat kesan yang dipercayai dirogol. Ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berhubung kejadian itu. Susulan daripada laporan yang diterima, polis kemudian membuat serbuan ke rumah suspek malam Sabtu lalu dan menahannya untuk siasatan lanjut. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan suspek direman bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
Sehubungan kejadian memalukan ini saya teringat ceramah seorang ustaz yang membaca satu hadis Rasulullah yang menyebut Allah Taala tidak akan memberikan rahmat sedikitpun diakhirat kepada penzina yang tua, apalagi seorang perogol tua...Minta dijauhkan Allah..

Tiada ulasan: