Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Januari 2009

Perasmian 3B (Bangi bandar Bersih)

Pagi tadi telah berlangsung majlis perasmian Bangi Bandar Bersih (3B) yang telah disempurnakan oleh YB ADUN Bangi Dr Shafie Abu bakar. Turut hadir Datuk Hasan Nawawi YDP MPKj, YB Dr Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan lain-lain VIP. Dalam ucapan perasmian YB Dr Shafie mengingatkan
warga Bangi supaya berterusan menjaga kebersihan bukannya bermusim setahun sekali bila ada program sahaja. Ancaman nyamuk Aedes yang membawa demam denggi dan chikungunya mesti dibasmi dengan cara mengambil masa 10 minit sehari memeriksa dalam rumah dan sekitarnya . Sebelum majlis bermula hadirin telah berpeluang membeuat senaman Chikung bersama jurulatih yang dijemput.
Serentak dengan perasmian ini juga beberapa gerai pameran dari Jabatan Kesihatan, Syabas dan beberapa lagi agensi kerajaan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran.








Tiada ulasan: