Kawan-kawan setia

Selasa, 6 Januari 2009

PAS Menang pusingan pertama

Tiga calon disahkan bakal berentap, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Pilihan raya umum ke-12 Mac lalu juga menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu masing-masing calon BN, PAS dan Bebas. Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen ini ialah seramai 80,229 orang dan hari pengundian pula ditetapkan pada 17 Januari ini. Di sebalik publisiti sebelum ini, dua calon masing-masing dari parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan calon tanpa parti melakukan 'kejutan' dengan tidak menyerahkan borang penamaan calon. Naib Presiden AKIM, Harun Mohamed dan Isma Airfath Hassanuddi tidak menyerahkan borang. Sebanyak 11 borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam. Dalam berita Media yang saya baca sebaik sahaja pencalonan disahkan pagi tadi, ada berita menyebut Harun Mohamed calon dari AKIM yang mengundur diri telah meminta semua pengundi memberi mandat yang tidak berbelah bagi kepada calon PAS Haji Wahid yang merupakan kemenangan moral pusingan pertama kepada PAS. Begitu juga calon bebas Azharudin datang dengan memakai jubah putih, juga memberi kemenangan moral kepada PAS. Cuma saya terkilan kerana bila cari semula berita itu pada malam ini, caption itu dah ditiadakan. sapa punya kojo ni...

2 ulasan:

al-brangi berkata...

tunggu pukulan KO atau TKOs

pasbangi berkata...

kita doakan semoga calon kita diberi kejayaan IsyaAllah