Kawan-kawan setia

Sabtu, 17 Januari 2009

Peringatan mustahak, pakai tali keledar belakang

Saman terhadap mana-mana pemandu kenderaan persendirian yang dikenakan pihak berkuasa kerana kesalahan penumpang tidak memakai tali pinggang belakang dalam kenderaan yang tidak dilengkapi kemudahan itu boleh dibatalkan:- Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
"Jika ada kenderaan yang belum dipasang tali pinggang belakang tetapi mereka telah disaman, itu bukan dasar kami kerana dasar kami ialah untuk saman mereka yang ada peralatan itu tetapi tidak memakainya.
"Kami janji akan batalkan saman itu. Ini a janji saya," katanya selepas menyempurnakan program penggalakan pemakaian topi keledar di kawasan luar bandar dan bandar di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan) semalam.
Suret memberitahu, pihaknya mendapat maklumat terdapat pemandu yang disaman pihak berkuasa kerana kesalahan tersebut sedangkan kereta mereka tiada peralatan tali pinggang belakang.
"Jika ada pihak dianiaya atau tindakan salah diambil oleh segelintir pegawai yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan JKJR, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka (pemilik kenderaan) boleh merayu," katanya.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

cuba selidik siapa vendor yg supply tali pinggang keledar belakang ni

pasbangi berkata...

ha ha ha tu yang nak tahu juga tu..ada udang sebalik mihun...nak kata boleh menyelamat pun bukan alasan yang kuat, sekarang aksiden memang FATAL, walaupun pakai benda alah tu