Kawan-kawan setia

Selasa, 13 Januari 2009

Pernah dengar permainan KERTOK?

(Foto dan petikan artikel KOSMO)
Mungkin ramai yang tidak mengenali kertok. Ia merupakan sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kayu merbau yang menggunakan alat palu untuk mengetuk belira. Belira adalah sejenis kayu yang diletak di atas lubang kertok untuk menghasilkan bunyi. Penggunaan kayu yang baik untuk menghasilkan belira bagi mempengaruhi bunyi yang dihasilkan selain pengalaman pemain muzik itu sendiri. Alat muzik tradisional ini boleh juga diperbuat daripada buah kelapa sebelum ditukar kepada kayu merbau.
Pada zaman dahulu, kertok digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting. Selain itu, kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam. Dalam pertandingan kertok pula, setiap pasukan mempunyai enam set kertok dengan 12 pemain alat muzik iaitu dua orang bagi satu kertok. Kertok mempunyai alunan muzik tersendiri seperti rentak Hulu Balang, lagu rakyat dan wayang kulit. Jadi, kita latih mereka untuk bermain kertok dalam upacara tertentu. Permainan kertok memerlukan kerjasama yang mantap untuk menghasilkan kejayaan dan alunan muzik yang teratur.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

Kertok semacam kerpok saje!

pasbangi berkata...

ha ini permainan ana masa kat kampong, tapi tapak beliranya dibuat dari buah kelapa dan belira dari buluh..