Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Januari 2009

Pungutan saman 242 kenderaan hari ini

242 saman kesalahan tidak pakai tali pinggang belakang (01/01/2009 3:18pm)
KUALA LUMPUR 1 Jan. — Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Penggangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.
Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersil yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuatkuasa hari ini, kata Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan.
Beliau berkata mulai hari ini, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.
Seramai 500 pegawai JPJ terbabit dalam operasi mulai 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini “secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya.”
— Bernama

300 x 242 = RM72,600 pendapatan JPJ hari ini sahaja, pegwai JPJ boleh minta bonus tambahan tak? (kita hamba rakyat,...teruk la macam ni, Talikeledar bual April baru tiba giliran memasangnya, anak ramai)

Tiada ulasan: