Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Januari 2009

Pusat Media RTM memulakan perang media PRK Kuala Terengganu

Sebentar tadi Pusat Media telah dirasmikan oleh MB Terengganu, dengan mukaddimahnya bertanya dimana pengundi hantu yang dihebohkan oleh pembangkang. Katanya bila pembangkang kalah alasannya pengundi hantu bila pembangkang menang terus tiada pengundi hantu. Beliau juga telah sewenang-wenangnya mengambil peluang semasa ucapan perasmian menghentam PAS secara langsung padahal RTM hak kerajaan, gaji pekerja RTM dibayar oleh rakyat yang terdiri dari berbagai latar belakang dan sepatutnya sebagai Menteri Besar beliau kena adil kepada semua tanpa mengira pegangan parti politik. Beginilah sikap sebenar pemimpin BN, politiking kuat keadilan hanya dibibir, paraktikal kosong. Lagipun mana boleh beliau sudah mulakan kempen penamaan calon masih belum berlaku.

2 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

umno semua boleh!

pasbangi berkata...

Ni yang tak patut ni, kita dicukai macam-macam untuk kos operasi jabatan kerajaan, dapat duit guna untuk buli kita balik