Kawan-kawan setia

Isnin, 5 Januari 2009

Rasuah ialah memberi projek untuk mendapatkan undi

Laporan Media menjelang PRK Kuala Terengganu
Rakyat miskin perlukan pembelaan - Muhyiddin (maksudnya: Rakyat Kuala Terengganu yang tiba-tiba jatuh miskin memerlukan bantuan segera, kebetulan pula PRK, nak buat macam mana, rakyat mesti dibantu, jalan segera, projek segera, dan semuanya segera)
KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Pengumuman mengenai pelbagai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan kerajaan bukan 'gula-gula' kepada para pengundi sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu seperti didakwa pembangkang. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, usaha itu perlu dilaksanakan kerana rakyat negeri ini terutama yang miskin masih memerlukan pembelaan dari segi pembangunan.
Beliau menegaskan, usaha tersebut bukan dilakukan ketika pilihan raya sahaja tetapi dilaksanakan sepanjang masa.
''Saya nak tanya Pas adakah mereka tidak bersetuju kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan untuk rakyat. Lebih baik Pas kata mereka tidak bersetuju kerajaan belanja bantu rakyat walaupun pada waktu pilihan raya atau sebelum pilihan raya. Ini bermakna Pas menolak pembangunan sedangkan parti itu menyatakan ia ingin membangun bersama ummah. Tetapi sebenarnya dia (Pas) tidak melaksanakan apa yang dikatakan," ujarnya.
Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pelbagai projek pembangunan yang diumumkan oleh kerajaan Pusat dan negeri baru-baru ini hanya untuk menarik sokongan pada pilihan raya kecil berkenaan.

(Tak percaya perkataan begini datang dari seorang Meneteri Pusat?, bakal TPM pulak tu..adoi ..)

Tiada ulasan: