Kawan-kawan setia

Rabu, 21 Januari 2009

Saman pelajar pondok, elak penunggang jadikan sarban trend




Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok yang hanya berserban ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan adalah bagi mengelakkan amalan itu manjadi trend masyarakat. Masyarakat dikhuatiri tidak lagi melihat undang-undang sebagai kewajipan yang mesti dipatuhi apalagi menhormati undang-undang. Beliau khuatir sekiranya tindakan itu tidak diambil, lebih ramai pelajar khususnya daripada sekolah agama menggunakan alasan yang sama untuk tidak memakai topi keledar.
Sedangkan, tegas beliau, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. "Polis mengesan trend remaja sekolah agama kini tidak memakai topi keledar. Kita takut ada pihak sengaja menggunakan alasan ini (untuk tidak memakai topi keledar)," katanya.
Semalam, Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban. Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra. Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman ketika menunggang motosikal kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar. Menurut KPN, pihaknya menyedari wujudnya kekeliruan takrifan lebai atau guru agama yang diberi pengecualian daripada memakai topi keledar dalam undang-undang jalan raya. Beliau berkata, sehubungan itu, takrifan mengenai perkara tersebut adalah perlu agar tidak timbul masalah semasa undang-undang hendak dikuatkuasakan. "Kita akan mendapatkan takrifan yang lebih jelas mengenai perkara ini daripada Peguam Negara. Polis di peringkat bawah hanya menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya.
Pada saya takrifan lebai perlu ditambah bukan sahaja terhad kepada ustaz, guru agama, bahkan pelajar pondok. Mereka ini sudah sinonim dengan serban. Sejak dahulu lagi pelajar pondok seolah-olah diwajibkan berserban oleh tok-tok guru, bahkan mereka ini akan dikenakan tindakan disiplin jika tidak berserban. Cuma yang menjadi isu ialah bila keluar dari pondok ke jalanraya, pelajar pondok juga tertakluk kepada undang-undang jalanraya, di sinillah isu tersebut mesti diperjelaskan supaya pelajar pondok faham, pihak kerajaan juga kena perihatin dengan amalan pelajar pondok.

Tiada ulasan: