Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Januari 2009

Siapa yang menentukan kemenangan?, petugas ke pengundi?

Datuk Seri Najib Razak berkata, selepas memasuki lima hari berkempen, calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu mempunyai peluang mempertahankan kerusi itu. Timbalan Perdana Menteri (mana boleh berkempen atas kapasiti TPM, kalau Timbalan Presiden UMNO boleh) bagaimanapun terus mengingatkan agar jentera kempen BN terus melipat gandakan usaha menarik pengundi sehingga pengundian 17 Januari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan derma kepada sekolah agama bantuan kerajaan, di sini, petang tadi (Mana etika pilihanraya?, guna kapasiti TPM berkempen, semasa memberi bantuan kepada Sekolah pulak tu...memang UMNO belum baligh walaupun dah tua ganyut, tak boleh beza lagi antara kewajipan parti dengan kerajaan). Pada pilihan raya itu, BN menampilkan calonnya, Wan Farid Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu.

Tiada ulasan: