Kawan-kawan setia

Ahad, 11 Januari 2009

sindiket penipuan melalui SMS, mengapa mudah sangat percaya?

Berita hari ini memaparkan Polis Tawau telah berjaya melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan SMS yang dipercayai aktif sejak lapan bulan lalu, dengan tertangkapnya 15 orang termasuk dua wanita. Suspek berumur antara 23 hingga 35 tahun telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Masaic, Tanjung Batu, Tawau. Hasil pemeriksaan, polis menemui 53 buah telefon bimbit, 17 buku akaun dan beberapa peralatan lain yang digunakan dalam penipuan tersebut. Menurut Polis walaupun sindiket berkenaan beroperasi dari Tawau dan dipercayai mangsa sindiket itu datang dari seluruh negara berdasarkan transaksi wang yang dikreditkan mangsa ke dalam akaun tertentu. Modus operandi sindiket itu miudah sahaja iaitu menghubungi orang ramai melalui SMS mengatakan mereka memenangi hadiah lumayan melalui peraduan anjuran Petronas, Shell dan Akademi Fantasia. Apabila mangsa memberi respon kepada SMS yang dihantar, sindiket berkenaan akan memaklumkan mangsa supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket sebelum boleh menuntut hadiah berkenaan. Bagi kebanyakan orang kita yang ingin cepat kaya, mereka terus percaya dan melayan SMS hingga ke tahap memasukkan wang ke dalam akaun penipu tersebut namun akhirnya baru sedar tertipu. Bukan sahaja tidak mendapat pulangan bahkan wang sendiri hancus...nasib engkaulah labu...

2 ulasan:

al-brangi berkata...

cute kucing tu. Tapi jgn ber'sms' pulak dgn kucing tu, dia tu kan 'almi1 kucing

pasbangi berkata...

kucing pun pening dengan perangai manusia, dah banyak yang tertipu dengan tawaran cepat kaya sms, masih lagi percaya...den pun poning..