Kawan-kawan setia

Sabtu, 31 Januari 2009

Terharu dengan pendirian PM Turki

Petikan dari AFP dari DAVOS 30 Jan. memaparkan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang WEF di sini semalam selepas pertikaman lidah dan membelasah Presiden negara haram Israel, Shimon Peres. Beliau komited dan berikrar tidak akan kembali menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan bisnes dunia atau bahasa kasarnya kumpulan pemimpin lintah darat dunia. Yang menariknya, Erdogan berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan SU Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Amerika, Hussein Obama. Erdogan mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban. Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan "tidak bertamadun."
"Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh," katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius..

Tiada ulasan: