Kawan-kawan setia

Jumaat, 30 Januari 2009

Tudung, imej atau kewajipan

Saya pening dengan pemahaman segelintir masyarakat Islam yang menganggap bertudung sebagai satu imej atau fesyen. Sebab itulah juga mungkin ada satu dua artis yang sekejap bertudung sekejap tidak. Merujuk kepada gaya penulisan wartawan dalam media hari ini yang memaparkan tajuk "Sheila Rusli selesa dengan imej bertudung". Malah disebutkan, tampil dengan imej bertudung bukan penghalang buat pelakon Sheila Rusly untuk memainkan watak antagonis dalam drama bersiri terbarunya, Anak Betong yang juga terbitan produksinya sendiri, JS Pictures Sdn Bhd. Malah watak Malika yang juga bomoh dan pengamal ilmu hitam dalam drama 20 episod itu adalah watak jahat pertamanya sejak kembali menunaikan fardu haji tahun lalu.
Sekalipun bertudung Sheila tidak akan sia-siakan bakat lakonan anugerah Allah kepadanya dengan memilih watak yang bersesuaian. Dalam kenyataannya juga Sheila berpegang kepada kewajipan bertudung sebagai seorang muslimat bukannya imej atau fesyen sebagaimana difahami sesetangah orang. Kerana itu watak apapun yang diberikan kepadanya dia tidak akan membuka tudung semata-mata untuk berlakon. Kerana itu lebih mudah baginya untuk berlakon dalam produksi sendiri kerana sebagai penerbit, beliau boleh memilih watak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung.

Tiada ulasan: