Kawan-kawan setia

Rabu, 21 Januari 2009

UMNO dizaman kejatuhannya

Laporan yang dipetik dari Bernama hari ini memaparkan kejayaan Umno dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat bagi kes saman sebuah syarikat yang membekalkan barangan pilihan raya bernilai lebih RM218 juta. Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan. Dalam writ samannya yang difailkan, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim. Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan permohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Tiada ulasan: