Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Januari 2009

Venezuela dan Bolivia putus hubungan diplomatik dengan Tel Aviv


Dalam media perdanan dua hari lalu, Dr Agus mengkeritik PAS kerana mendesak Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika sebagai pelindung sejati negara haram Israel. Menurut Dr Agus tindakan sedemikian tidak memberi apa-apa impak kepada Amerika maupun negara Zionis tersebut. Namun kerajaan Venezuela dan Bolivia kelmarin menamatkan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah serangan kejam tentera Israel di Genting Gaza. Tidak dapat dipastikan impaknya kepada Israel tetapi tindakan ini berani dan amat terpuji dari segi manjatuhkan moral negara haram iru dimata dunia. Keputusan tersebut diambil seminggu selepas Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengusir duta Israel dari negara berkenaan. Pemimpin Bolivia, Evo Morales menyatakan pihaknya yang memutuskan hubungan dengan Tel Aviv akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengenakan dakwaan pembunuhan kaum terhadap para pegawai Israel berikutan serangan di Gaza.

Tiada ulasan: