Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

Wakil rakyat, tapi tak mesra rakyat?

Hishamuddin tidak tunduk dengan sebarang ugutan
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak akan tergesa-gesa atau tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mengulas mengenai desakan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) untuk menolak PPSMI, beliau berkata: "Kalau nak buat apa jua tindakan teruskanlah, tetapi pihak kementerian tetap berpegang dengan agenda bahawa keputusan adalah bergantung kepada pandangan semua pihak bukan hanya pandangan kumpulan tertentu sahaja."
Mengenai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak pembangkang ternyata ketandusan idea dalam usaha menawan hati pengundi. "Biar orang ramai menilai sendiri tuduhan pembangkang yang menyamakan orang Umno sama dengan Israel ... "

Tiada ulasan: