Kawan-kawan setia

Khamis, 22 Januari 2009

Yang dah naik belum turun, dah nak tambah kenaikan

Kecoh gara-gara kenaikkan harga gula runcit dipasaran. Jangkanya harga gula akan naik selepas perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya bulan depan. Tindakan ini tentu sekali, tak payah ragu-ragu, akan menyebabkan kenaikan harga makanan berasaskan gula. Walaupun secara berlapik Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenaikan harga makanan itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada pengguna, ekoran keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, tapi bagi saya ianya lebih dari itu. Gula merupakan keperluan utama bagi sesetengah pihak walaupun bagi segelintir rakyat meningkatkan penggunaan gula dalam makanan akan meningkatkan juga bilangan pesakit kencing manis yang boleh membunuh. Namun pada mata masyarakat gula adalah penting lalu dengan sendirinya menaiikkan harga gula akan membuat kekecohan dalam masyarakat terbanyak.
Kekeliruan tentang kenaikan harga gula timbul apabila ada dua kenyataan berbeza, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian mengatakan harga tidak akan naik kerana pihak kerajaan bakal menambah subsidi yang sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Samad pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa harga gula akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya bulan depan.
Bagi saya dari segi moral, sebarang kenaikan apa saja harga barang akan membuatkan masyarakat semakin tidak menentu.

Tiada ulasan: