Kawan-kawan setia

Sabtu, 21 Februari 2009

Abe Him, ambo tarik diri ...

Tindak-tanduk abe him (Datuk Ibrahim Ali) selepas menang Pasir Mas amat mengecewakan pengundi dan penyokong beliau. PAS yang menjadi mangsa amat tidak berpuas hati dengan dengan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas ini, yang sering mengkritik parti itu, dan langkah terbaik ialah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Ibrahim Ali kini diibaratkan oleh rakyat meletak racun ke dalam periuk nasi yang dicedoknya. Dalam laporan MStar menyebutkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi. Kami sebagai rakyat setuju seratus peratus dengan label itu, apa tidaknya, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim Ali tidak sepatutnya sering menghentam PAS, tangan ynag menghulur persahabatan ikhlas kepada beliau. Kata Takiyuddin, "Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan". Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata Ibrahim telah meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu namun akur dengan saranan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.
jadi ambo yang selama ini berharap abe Him memihak kepada PAS dan bersama AP Pakatan menekan kerajaan BN supaya lebih telus dan adil merasa kami sudah silap memilih dan mengharap, jadi dengan rasminya kami sudah tarik diri...

Tiada ulasan: