Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Februari 2009

Ajaran sesat mana pulak ni..

Bermula dari bercinta, antara Rima Melati pelakon Singapura dengan penyanyi terkenal Indonesia, Marcell seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. Dari carian internet Rima Melati adalah adik kepada pelakon drama Haeriyanto Hassan dan anak saudara kepada Kuswadinata. Ibunya pula pelakon 70an bersama Allahyarkan Husein Abu Hassan bernama Satifah Ali (hanya satu filem sahaja). Pada 28 Januari 2009 lalu mereka berkahwin di Singapura dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Yang menjadi tandatanya ialah persoalan agama di antara kedua pasangan ini. Rima Melati dikatakan menganut agama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Perkahwinan ini adalah perkahwinan kali kedua masing-masing dimana sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata, sementara Rima pernah berkahwin dengan lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Tiada ulasan: