Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Februari 2009

Anti klimaks....

Redakan sikit bahang dari Perak, mari sama-sama merenung keagongan Ilahi sedikit. Petang hari ini saya ke pasar malam seksyen 16 Bandar Baru Bangi, amatlah ramai pengunjung, terpaksa berhimpit-himpit. Saya sudah lama tidak ke pasar malam, terkejut juga dengan meriahnya pasar malam sekarang ini seolah-olah ada jualan murah. Apa sebenarnya yang saya nak ceritakan?. Sebenarnya saya kagum dengan kebesaran Allah, bila memerhati dan memikirkan sumber makanan yang dijual di pasar malam samada dari yang mentah seperti sayoran, ikan, sotong dsb (raw) sehingga yang masak, masyaAllah banyaknya!, tak habis-habis dari generasi ke generasi sentiasa melimpah ruah. Saya bisik dalam hati Mahakaya engkau Ya Allah, diturunkannya rezqi untuk umat manusia tak habis-habis. Saya tengok ikan yang begitu banyak dijual, terfikir betapa pemurahnya Allah, walaupun setiap hari nelayan menangkap ikan dilaut berjuta-juta ekor, stok ikan dalam laut tak pernah luak...maasyaAllah...adakah kita termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur?

Tiada ulasan: