Kawan-kawan setia

Isnin, 9 Februari 2009

Cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar?

Semua rakyat Malaysia kenal Karpal Singh, lantang, berani dan seorang pengamal undang-undang yang hebat. Namun tindakan beliau banyak menyakitkan rakan-rakan seperjuangan. Mungkinkah ayat kelasik orang tua-tua Kelantan ini sesuai dengan Pengerusi DAP ini, terpulang kepada pembaca menilainya. Namun telatah Karpal membuatkan keadaan Pakatan Rakyat semakin celaru. Karpal Singh mengamuk untuk menyaman Sultan, mengamuk mengenai hudud, mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR, Mengamuk minta Anwar, Lim Kit Siang, LIM Guan Ing dan lain lain pemimpin Pakatan Rakyat BERTAUBAT. Apa yang menyebabkan Karpal marah sangat ni?, pada saya tak lain tak bukan kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Pada Pakatan Rakyat, apa pun keputusan Sultan Perak walaupun tidak menyebelahi kita, Baginda tetap Sultan Perak yang berdaulat. Tidak timbul langsung soal Pakatan Rakyat derhaka seperti yang saban hari diratib oleh media letronik dan cetak. Karpal bukan hanya menyalahkan Anwar bahkan amat kecewa dengan rakan-rakan DAP beliau, Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan lain-lain pemimpin DAP yang tidak menyokong tindakannya itu. Dalam Berita Perdana malam tadi dengan mendabik dada Karpal mengulangi "Saya Pengerusi DAP tau?, jangan main-main dengan saya".
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali juga tidak senang dengan tindakan Karpal berkata, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?".
Karpal sentiasa tidak sekata dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan Semasa PRK 036 beliau membangkitkan isu hudud dengan mengeluarkan kenyataan terbuka yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain, dimana Anwar kepimpinan PAS, kepimpinan DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang (tak termasuk Karpal) dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud ataupun tidak menolak Hudud. Namun Karpal dengan selantang-lantangnya menolak Hudud (Over my dead body). Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.
Jadi sebenarnya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR. Suara Karpal sebenarnya senada dengan BN.

Tiada ulasan: