Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Februari 2009

Kalau dah tiada malu, teruskanlah

Memetik sedikit artikel Ustaz Zaharudin, ahli politik tak reti malu biarpun melakukan kesalahan terhadap rakyat. Alasanya mudah semudah pelajar tadika "itulah POLITIK". Merujuk kepada senario ahli-ahli politik sejak dulu hingga kini, mereka ini menjadikan politik sebagai kambing hitam bila melakukan kesalahan samada mengamalkan rasuah, lompat parti, menjatuhkan kerajaan yang sah, bercakap bohong, hipokrit, menindas kumpulan lain dan bermacam kesalahan lagi. Memang lojik komen Ustaz Zaharudin, saya setuju. Kita lihat pula seorang bekas pensyarah Universiti Islam ini, yang bakal menjadi MB Perak, ada tak dia rasa malu untuk mengangkat sunpah sebagai MB sedangkan MB yang sah belum lagi meletak jawatan. Tambahan lagi, rampasan yang dibuat amat tidak beretika, atau dia juga termasuk kumpulan yang memberi alasan "ITULAH POLITIK".

Tiada ulasan: