Kawan-kawan setia

Selasa, 17 Februari 2009

Ku Li, benarkah UMNO mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu

Benarkah UMNO ikhlas mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu ataukah hanya permainan sandiwara yang lebih kepada menghangatkan isu supaya Pakatan Rakyat dipandang hina di mata rakyat. Memetik ulasan isu di sebalik krisis politik Perak dan syor agar dikembalikan semula kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu. Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat." Akhbar MStar memetik dengan cantik dan menarik sekali tulisan Ku Li yang menulis dalam blognya semalam dimana bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapakah sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?
Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.
Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"
Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.
"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.
Dalam tulisannya yang dipetik oleh MStar, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.
Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa. Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu. Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.
Saya masih ingat dikala Dr Mahathir melobi untuk menarik kekebalan Raja-Raja Melayu, semua ketua negeri pimpinan UMNO/BN berdiri dibelakang Dr Mahathir menyokong tindakan itu kecuali Kelantan yang diterajui oleh PAS. Jadi siapa sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu...jangan mudah lupa sejarah oleh isu yang dibangkitkan UMNO.

Tiada ulasan: