Kawan-kawan setia

Khamis, 5 Februari 2009

Mandat siapa?

Semua maklum, kerajaan PR Perak di tubuhkan setelah mendapat mandat dari rakyat Perak, Penubuhannya bermaruah dan diakui seantero dunia, menandakan adanya demokrasi, berlawan secara jantan, bila menang dan tubuh kerajaan, maka itulah sebuah kerajaan yang benar-benar kerajaan pilihan rakyat. Kini BN cuba menubuhkan kerajaan baru dengan meruntuhkan mandat rakyat. SPR seperti biasa tidak boleh menjadi tempat bergantung parti lain selain BN. Rakyat berasa lega dengan perkembangan P036 Kuala Terengganu, tetapi terhakis kembali dengan tindakan terbaru SPR tidak mengiktiraf arahan speaker DUN Perak. Hadhirnya pengerusi baru SPR menggantikan TS Rashid, tidak memberi sinar baru yang didambakan oleh pembangkang. Kalau kerajaan PR Perak ditubuhkan atas mandat rakyat, kita ingin tanya kerajaan yang dihebohkan akan ditubuhkan oleh BN mandat siapa. Kemana perginya demokrasi yang diagungkan BN hingga tak sempat menyempat PRU ke 13 nanti.

Tiada ulasan: