Kawan-kawan setia

Sabtu, 14 Februari 2009

Mohammad Nizar Jamaluddin akur arahan

Keputusan untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan berarti Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sini. Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi dan menghormati arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali". Jelas Nizar.Nizar hadir ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menfailkan saman keatas Zamry Abdul Kadir yang merampas haknya sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang sah. Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Tiada ulasan: