Kawan-kawan setia

Sabtu, 28 Februari 2009

Nasib bahasa ibunda

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa kelas ke berapa di Malaysia ini semenjak merdeka. Bila kita berada diperkampungan Melayu kita rasai Bahasa melayu masih wujud, tetapi bila melangkah ke alam lebih luas, alam persekolahan kolej, universiti, alam pekerjaan, alam media, alam sosial, alam perundangan, alam perubatan dan sebaginya, sebenarnya bahasa Melayu memang sudah terpinggir. DiKolej kita dikeliingi oleh bahan-bahan rujukan dalam bahasa Inggeris, kita bekerja dikelilingi oleh sesi mesyuarat dalam bahasa Inggeris, minit mesyuarat bahasa Inggeris, perbincangan bisnes dalam bahasa Inggeris, persembahan produk ke serata pelusuk negara dalam bahasa Inggeris. Di alam media buka radio, buka TV, bahasa Iinggeris didahulukan, papan iklan, membeli-belah, dimana bahasa Melayu... Jadi kebimbangan pecinta bahasa Melayu memang benar, umpamanya oleh sasterawan Negara Dato’ A Samad Said. Beliau rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’. Semuanya gara-gara kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil tidak mahu mempertahankan bahasa ibundanya sendiri. Sebagaimana BN mengenepikan institusi raja-raja Melayu begitulah keadaan dengan bahasa Melayu. Bila masanya isu bahasa akan menjadi penting bagi BN?, jawabnya bila ianya perlu diperalatkan demi kesinambungan politik mereka sebagaimana kes raja-raja Melayu sekarang ini. Dulu raja-raja Melayu dihina sehinggakan kedaulatan Sultan kelantan dipijak-pijak, dilantiknya Sultan Baru, di isukan kes Sultan membeli kereta Lamborgini tak bayar cukai dan macam-macam lagi yang mengelirukan rakyat. Sultan pernah dibahasakan binatang. Media pula pada masa tersebut saban hari menyiarkan filem-filem dan dokumenteri yang menunjukkan rendahnya akhlaq raja-raja Melayu zaman berzaman. Tapi kini, bila raja-raja melayu penting bagi BN untuk menghadapi dan menjatuhkan Pakatan Rakyat, raja-raja dilambung setinggi-tingginya. Tapi pada firasat saya, ianya hanya sandiwara BN sahaja, bila tidak perlu lagi, raja-raja melayu akan di ketepikan sekali lagi. Berbalik kepada kebimbangan para pejuang kedaulatan bahasa melayu, umpama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai ruang dalam perjuangan ini.“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu. Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan BN. Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa. Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian. “Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu". Apa yang beliau lakukan semata-mata kerana tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan. Sehubungan itu juga beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

Tiada ulasan: