Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Februari 2009

Pakatan rakyat pulaukan upacara angkat sumpah

Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru hari ini (Jumaat 6 Februari 2009), kata Menteri Besar yang masih sah, Datuk Seri Mohammad Nizar. Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan kerana beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan. Rampasan kuasa ini kelihatan sangat rakus, yang belum ada dalam sejarah pemerintahan negara. Di satu pihak, Rakyat masih mengaggap Nizar sebagai Menteri Besar sementara satu pihak yang lain menanggap Nizar secara otomatik tersingkir bilamana mendapat arahan meletak jawatan oleh pihak istana, walaupun tiada peruntukan undang-undang yang boleh dipetik untuk mengesahkannya. Mengikut undang-undang tubuh kerajaan Perak hanya 3 sebab yang boleh menyebabkan MB terlucut, samada bubar DUN, undi tidak percaya dalam persidangan DUN atau beliau sendiri letak jawatan. Jadi bagaimana mungkin ada satu lagi undang-undang baru yang digunapakai, sedangkan tiada dalam gazet kerajaan negeri. Pening teman...macam undang-undang ini boleh direka sesuka hati pulak...

Tiada ulasan: