Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Februari 2009

PPSMI

Saya tidak anti pembelajaran dalam bahasa Inggeris sebab pengalaman masa belajar dahulu dimulai dengan sekolah kebangsaan dikampung, ke sekolah Arab, tiba-tiba bila masuk ke kolej terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dan di ajar oleh beberapa orang Inggeris. Walaupun mula-mula ada kejutan budaya namun lama-lama tidak bermasaalah lagi. Saya menyokong kempen anti PPSMI disini ialah cara pelaksanaan yang dipaksa, lebih-lebih lagi semacam ada usaha meminggirkan bahasa Melayu oleh peringkat tertinggi negara. Media hari ini memaparkan kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya. Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tokoh-tokoh besar yang hadhir memberi sokongan antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, penulis Ainon Mohd, penyair popular Pyanhabib, AJK PENA Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir. Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad telah memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.

Tiada ulasan: