Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Februari 2009

PR jangan lebih berangan

Pakatan Rakyat hanya berangan,
Jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat BN,
Yang akan mengikuti, jejak Ahli Dewan Undangan,
Menteri di JPM punya keterangan,
Sebenarnya tiada lagi penghijrahan.
PR jangan berangan,
Teman baru diumumkan sebagai Timbalan,
Pengerusi UMNO Perak punya jawatan,
Cita-cita PR juga tidak akan menjadi kenyataan,
Kerana BN masih punya sokongan.
PR hanya angan-angan,
Bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat sakan,
Itu semua hanya politik punya kenyataan.
DSAI jangan berangan
Semua ADUN BN Perak akan mendapat peruntukan
RM300,000 seorang bukan main-main
Lagi tambahan RM1 juta bagi Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam
Proses pengagihan peruntukan itu sedang dilakukan.
PR jangan berangan,
Dua orang ADUN kamu ada dalam tangan,
Tak tahukan kamu kami letak di Pekan,
Deme dah janji akan lompat ke teman,
Berapa saja sebut kami tunaikan,
Lagipun dua orang tu masaalah buat mike kan?
Kerajaan Perak Jangan beragan,
Pasal betis membetis, lengan berlengan kehebatan teman,
Teman dah amalkan zaman berzaman,
Apa sangat rasuah yang sedang dihebohkan,
Apalagi tipu menipu jangan celeng kumpulan teman,
Kalau tidak mana boleh cari makan,
PR jangan berangan....

Tiada ulasan: