Kawan-kawan setia

Sabtu, 21 Februari 2009

Rakyat semakin meluat

Semakin hari rakyat jelata dihidangkan dengan bermacam-macam benda pelik, membuatkan pening lalat ahkli majlis mesyuarat kedai kopi, tertanya-tanya apa akan jadi?, buka TV, buka surat khabar tak ada tajuk lain yang lebih popular, SPRM, lembu, rasuah, derhaka dan moral. Yang peliknya hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang baru nak bermula mengemudi kerajaan sahaja yang terlibat. Seolah-olah, pemimpin BN berbagai peringkat bersih-sebersihnya, sedangkan selama ini merekalah yang buat hal. Sikap yang ditunjukkan oleh SPRM, dan yang sewaktu dengannya seolah menutup rapat dosa-dosa pemimpin BN dan melondeh selondehnya pihak lawan BN. Tindakan SPRM yang mendakwa penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 terlalu kecil pada pandangan rakyat jika dibandingkan dengan isu rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin BN selama ini. Rakyat tertawa bila MB selangor didakwa SPRM pasal kes korban lembu hari raya, sedangkan kes;kes besar sebelum ini berlambak-lambak hanya didiamkan sahaja. Kami rakyat tak faham bila MB selangor yang menggunakan kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi salah, pada kami ia satu penjimatan dana kerajaan.
Begitu juga kami tertanya-tanya tentang isu derhaka, hinggakan ada kalangan BN yang mencadangkan mereka yang didakwa derhaka dilucutkan kerakyatan, disumbat dalam ISA. Sedangkan penderhaka yang sebenar, jelas dan nyata seperti melantik Sultan baru, memaki hamun Sultan melalui kain rentang, melucutkan kuasa dan kekebalan Sultan, tiada apa-apa tindakan diambil, diam, senyap sunyi begitu sahaja...
Mungkin juga benar dan sebenarnya dakwaan bloger-bloger, BN dipenghujung nyawa dan akan merentap apa sahaja bagi memanjangkan hayatnya walaupun semua yang dilakukan menyalahi perundangan dan nilai kemanusiaan, memperkuda segala instrument kerajaan asalkan boleh terus hidup dan menhisap darah rakyat tanpa henti.

Tiada ulasan: