Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Februari 2009

Sabar sebahagian dari ciri keimanan

Satu peristiwa besar dalam sejarah Malaysia telah berlaku. Peristiwa yang akan terakam dalam lipatan sejarah melalui berbagai medium, cetak, letronik, digital, virtual dan entah apa-apa lagi termasuk akan menjadi cerita rakyat yang akan di perturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Sejarah pengkianatan ini akan dikutuk oleh generasi akan datang sehingga ribuan tahun. Walaupun ketika ini pelakon -pelakon ini ketawa besar dengan aksi hodoh mereka didepan mata rakyat, disatu masa nanti mereka hanya dikenang sebagai badut-badut politik yang memperjudikan nasib rakyat sebuah negeri yang hebat demi memenuhi perut-perut yang bakal terburai oleh habuan cacing. Berapa lama boleh ketawa, Pilihanraya Umum tetap juga akan menjelang samada mahu atau tidak mahu. Tiga tahun bukannya lama, pejam-celik, pejam celik dan PRU lagi. Jadi kemana mereka ini akan membawa diri. Partinya Pakatan rakyat dah tolak, rakyat dah meluat, parti yang dia jangkakan akan bergayut dah reput....nasib engkaulah labu...
Untuk Pakatan Rakyat, bersabar adalah yang terbaik, kamu tidak kalah, bahkan kemenangan lebih besar bakal menjelang sedikit masa nanti. Hilang satu negeri dengan ganjaran satu negara adalah lebih bermakna kepada perjuangan kamu disamping dapat menapis hampas-hampas yang tidak berguna awal-awal lagi supaya negara yang kamu bentuk nanti terdiri dari pejuang rakyat yang betul-betul genuin dan berwibawa.

Tiada ulasan: