Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Februari 2009

Sabar sebahagian dari ciri keimanan2

Setelah sekian banyak kita menuding jari kepada orang lain, apa salahnya mari kita muhasabah kedalam diri kita sendiri pulak. Takdir yang dah berlaku menjadi sejarah dan bukan hak kita lagi, hak generasi akan datang mentalaah dan mengambil iktibar. Hak kita didepan mata, yang bakal berlaku, maka mari kita sama-sama meneruskan perjuangan, memantapkan organisasi dan menjadi pemimpin kepada rakyat ramai. Setelah sekian lama bersabar atas karenah bermacam golongan yang telah menyakitkan dan mengecwakan kita, kita juga mesti terus bersabar dan istiqomah untuk menghadapi masa akan datang yang belum tentu bebas ujian. Kejatuhan Perak tentu ada hikmahnya, sokongan semakin bertambah kerana simpati dan kerana meluat dengan perangai BN, tak habis-habis membuat onar. Kepimpinan korup kelihatanya bertambah kukuh, namun hakikatnya PRU ke 13 mereka bakal kecundang yang tak akan bangkit-bangkit lagi. Biarlah mereka enjoy dalm 3 tahun ini, dan kita bekerja keras memenangi hati pengundi, membina parti yang mesra pengundi, kita mempunyai masa yang banyak untuk itu, supaya PRU ke 13 milik kita. Seperti titah Tuanku Sultan Perak kepada DS Nizar "InnalLaha maas Sobirin" sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang memelihara kesabaran, maka InsyaAllah Tuanku Sultan akan bersama kita lagi selepas PRU ke 13 dalam kemenangan yang mutlak. Sabar sebahagian dari ciri-ciri keimanan.

Tiada ulasan: