Kawan-kawan setia

Jumaat, 6 Februari 2009

Saya tak faham-faham

- Titah Sultan Perak, Sekiranya MB DS Nizar tidak meletak jawatan, jawatanya lucut secara otomatik, jadi tidak timbul pasal derhaka kepada Sultan, kalau otomatik jawatan MB dah lucut buat apa nak letak jawatan lagi...bijaknya Sultan Perak, pandangan tu jauh saya tak boleh faham dengan cepat, sekarang baru faham. TV3, RTM sampai sekarang masih mengulangi isu derhaka, mungkin hingga kini TV3 tak faham-faham.
- Titah Sultan Perak kepada DS Nizar, bersabarlah, Allah bersama orang yang sabar, pun sampai kini saya tak faham, mungkinkah secara simboliknya Sultan menyayangi DS Nizar, tetapi diri baginda sendiri seolah terikat dengan sesuatu yang tak boleh diceritakan, lalu terpaksa bertindak seperti yang berlaku kini.
- Tiba-tiba SU kerajaan negeri perak menjadi garang dan tak beradab, memaki hamun dan menghalau DS Nizar dari pejabatnya, sedangkan sebelum ini beliau baik dan tiada masalah dengan DS Nizar, kenapa ye?, RM sudah membutakan hatikah?, atau ada agenda lain.
-Dua bekas exco yang dah jadi bebas tu bakal menghadapi perbicaraan dimahkamah tak lama lagi, tetapi Najib berani ambil mereka berdua ni, kenape ye?, tak takutkah jika mereka berdua ni sabit kesalahan akan dipenjarakan dan hilang kelayakan ADUN, tentu kerajaan haram BN ni akan rombang menyembah lumpur. Tak faham juga saya, atau Najib sudah memastikan mereka berdua ini akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat lalu isi borang UMNO.
- ADUN Bota yang keluar UMNO dan menyertai PKR, berikrar dengan nama Allah akan bersama Pakatan Rakyat dan begitu bencikan suasana politik dalam UMNO, bahkan berucap di stadium dihadapan rakyat ramai, sumpah janji , tiba-tiba hilang, kemudian timbul di hari persidangan media Najib, mengaku pula sudah kembali ke pangkuan UMNO, tu pun saya tak faham, macammana hati beliau begitu kering, mudah saja berubah dan tak rasa apa-apa kekesalan atau bersalah.

Tiada ulasan: