Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Februari 2009

Siapa yang mencipta RIOT?, mangsa adalah rakyat jelata







Siri demonstrasi dan protest yang berlaku di Malaysia semuanya direkacipta oleh pihak tertentu supaya menampakkkan betapa ganasnya pembangkang di negara kita. Yang pertama saya tengok di Kelantan semasa BN menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan sehingga terbentuknya MAGERAN dan kejatuhan kerajaaan PAS Kelantan. Kejadian itu sungguh dahsyat sedahsyat kejadian yang menimpa umat Palestin. Kejar mengejar, buru memburu antara penunjuk perasaan dengan FRU dan Polis. Rakyat langsung tidak diberi peluang membela diri, bila kayu, ges pemedih mata ditujukan kepada mereka. Kejadian sama saya lihat secara live juga di KL semasa kes DS Anwar 1998 dulu. Juga sama, begitu ganas dan menakutkan. Semalam saya tak tengok live tetapi melalui youtube, juga menakutkan, ramai yang tombang kerana tak tahan kena ges. Ada yang terjatuh ketika melarikan diri dan sebagainya. Adakah semua ini disedari oleh pihak berkuasa dan pihak raja-raja atau hanya melihat video suntingan dari RTM, TV3 yang sudah diolah begitu rupa oleh pakar perang saraf supaya kelihatannya rakyat yang ganas dan dipengaruhi pembangkang.

Tiada ulasan: